Friday, March 18, 2011

HWC 3357 - PENGALAMAN YANG MENAKUTKAN

it's real ok!!
memang pengalaman yang menakutkan
amat-amat menakutkan
ok.. meh sini nak story sikit
its happened on last two day
aku kena balik sendiri, since Mr Hubby balik lambat
(ooopppsss!!!!... pagi tu, Mr Hubby anto ke opis)
so, mcm biasa, kalau aku balik sendiri
aku akan naik STAR Lrt sampai ke Sg Besi
dari situ aku amik taxi (jam6.50 ptg)
hari tu aku naik taxi nie
HWC 3357
memula naik dia x pasang aircond - tingkap terbuka
aku sms Mr Hubby (dok komplen kat dia)
pastu Mr Hubby kol suh ckp ngan dia elok2
tapi aku jenis x mo cakap lebih2 - takut
sampai aje kat flyover ke Seri Kembangan / The Mines tu
(patutnya kena lalui situ)
dia laju terus melencong ke arah Putrajaya
aku dah mula x sedap hati & cakap ngan dia
yang aku nak ke Cheras Perdana
dia cakap dia nak ikut short cut
aku pun cakap mana ada short cut lalu jalan nie
dia suh aku diam
time tu memang aku dah takut
mmg rasa nak terjun je dari dlm taxi tu
tapi dia laju sangat & kereta pun banyak (highway)
sampai kat Bangunan Minlon
(kalu perasan, sebelah kiri arah Seremban)
tu dia belok ke kiri
melalui jalan2 sunyi
aku dah mulai nak menangis
tapi dia cakap nak isi Gas Taxi
sampai kat Petronas (Tmn Desa Sri Serdang)
dia x kuar taxi n isi gas
tapi terus aje jalan
time tu aku dah jerit2 suh dia berhenti
dia gelak-gelak aje
dia kata kat aku nak bawak jalan short cut
tempat nie mmg dah jauh melencong dari arah rumah aku
aku dah start menangis
time tu cuma ingat muka Mr Hubby, Lil P & lebly Family
dalam hati , x putus2 berdoa agar tidak diapa-apakan
menggeletar seluruh badan aku
aku cuma tawakal & berserah kepada Nya yang maha kuasa
sambil nangis tu, mulut aku terkumat kamit baca
'Rabbi yasir walatul asir ya Karim'
(ayat nie aku amalkan kalau ada apa2 yg berlaku)
dan jugak aku terfikir nak terjun aje dari taxi tu
dia lalu kat area-area semak & kilang2
aku perasan 3 kali, dia lalui jalan yang sama
masa tu aku memang merayu kat dia
suh dia hantar aku balik
tetiba muncul sebuah van mengekori kami
aku tak tahu dari mana datangnya van tu
yang pasti pemandunya pakcik & makcik tua
pakcik tu pakai kopiah dan makcik tu bertudung putih
ya allah!! Allah makbulkan doa aku
berkali-kali aku menoleh ke belakang
pakcik tu seakan faham apa yang berlaku
(atau mungkin secara kebetulan - wallahualam)
dia mengekori agak rapat taxi itu
setelah melalui lebih 40 minit yang menakutkan
taxi tu keluar ke jalan besar
dan terus menuju ke rumah aku
apa yang aku perasaan, van tu pun sama juga
sampai aje kat traffic light kat umah aku
drebar taxi yg dari tadi diam dan bermuka serius tu
tetiba aje cakap
"sebenarnya, saya mahu bawa jalan short cut
kamu saje yang takut"
masa tu aku mmg tak cakap apa2
malah aku turun pun dekat post guard je
time tu pukul 7.55mlm
bayangkan lah, hampir sejam baru sampai rumah
kalau ikutkan, dari Sg besi ke rumah aku dlm 15 minit aje
meter taxi pulak, RM 25.00
instead aku selalu bayar RM 8.00 aje
memang menakutkan
aku x cakap banyak, aku bayar saje
cuma aku betul-betul bersyukur
Ya Allah!!! Aku bersyukur kepadamu Ya Allah
Aku telah terselamat dari kejahatan dan malapetaka
sambil jalan kaki masuk ke kawasan umah aku, aku nangis
makin nampak bumbung rumah, makin laju air mata aku kuar
sampai kat umah MIL yang tenangkan aku
aku terus kol Mr Hubby
terkedu Mr Hubby dengar story yg menakutkan tu
so, lepas nie Mr Hubby cakap
kalau kena balik sendiri (kalu aku x drive)
Mr Hubby akan suh adik dia amik aku

nie pic yang aku dapat snap
(gambar bergegar... time tu aku terketar2 takut)
baru aku perasan, dia x pakai uniform
loghat cakap, macam Indonesia
pakai cap
orangnya kecil tapi muka serius
taxi sangat teruk dan kotor
tapi aku dah buat aduan kepada JPJ & Bhgn Perlesenan
cuma aku betul-betul bersyukur
kerana aku tidak diapa-apakan nya
tapi terfikir, apalah agaknya yang terlintas dalam fikiran dia masa tu

*MOTS: berhati-hati ketika memilih menaiki taxi

2 comments:

  1. scary giler siott...jgn naik cab lagilah Nani..bahaya...fobia plak aku..aku kekadang pon kene naik cab kalau encik hubby tak sempat amik balik keje...yg penting ko selamat, syukur alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. dramatik ctr nie n scary glr.. kalo sab r mmg gigil jap n tepon sume yg knl.. polis skali..(e2 pn kalo t'lintas kt kple nie dh time2 tkt tu)haish.. jauhkn lor... bhyer tu..

    ReplyDelete