Wednesday, June 27, 2012

Dia Tenang & Redha.. Aku Kagum Dengan Ketabahannya..

Pukul 6.25 petang tadi, me sempat call Farizal (suami Ina Salleh)
Ini kali ke 2 me dapat bercakap dengan suaminya
Panggilan dari me, disambut dengan ramah
Apa yang diberitahu oleh Farizal, keadaan Ina Salleh sangat kritikal
Yang mana, almost brain cell Ina dah mati
Tumor cell tu terlalu aktif
Ini bermakna, kata doctor, harapan Ina Salleh sangat tipis
Ya Allah!! Kala itu, me dah sebak..
Air mata dah tak boleh tertahan lagi..

Apa yang me sangat kagum,
Farizal sangat tenang menceritakan satu persatu keadaan Ina
walaupun ada getar dihujung suaranya
conversation petang tadi, memang sangat beremosi
disini, me diberitahu oleh Farizal
yang mana sebelum masuk OT
Ina Salleh sudah memaafkan
semua sahabat serta sesiapa sahaja yg mengenalinya
Farizal juga cerita bahawa sebelum Ina Salleh masuk OT
Ina Salleh juga cakap dia redha serta Farizal meredhai apa yg berlaku
samaada Ina akan sembuh serta pulih seperti sediakala
atau sebaliknya
Masya Allah... Tabahnya dia...

Saya diminta memberitahu semua yang mengenali Ina Salleh
 supaya banyak2 berdoa buat Ina Salleh
serta Farizal juga meminta agar semua sahabat
serta yg mengenali Ina Salleh agar memaafkannya
jika selama menjadi sahabat serta mengenalinya
 beliau ada melakukan kesalahan serta pernah menyakiti hati sesiapa sahaja
Ya Allah Ya Tuhanku.. Besarnya dugaan Mu Ya Allah

Tetapi me percaya, sudah tentu ada hikmah disebalik apa yg berlaku
serta Ina Salleh terpilih untuk di uji olleh Nya
 Betapa sedihnya hati ini bila mengenangkan anak2nya yg masih kecil
yang masih perlu diberikan perhatian
semoga Ina Salleh terus berjuang serta kuat melawan sakitnya
harapan kami semua agar Ina salleh sembuh seperti sedia kala
tetapi seandainya disebaliknya
kita semua kena redha
dengan ketentuannya
itu sudah qada & qadar
walau apa pun, me percaya selagi hayat dikandung badan
Insyaallah, Ina Salleh tetap punyai harapan
Insyaallah....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bersabar.. Kuatkan Semangatmu Wahai Sahabatku, Ina Salleh

me sentiasa memantau perkembangan Ina Salleh melalui wall FB beliau
bila pagi tadi, baca update dari Suraya Tahir
me rasa lega sedikit
hilang rasa risau yg membaluti jiwa
selepas mendapat khabar dari Farizal (suami Ina)
dua hari sebelum entry nie di tulis
yg mana condition beliau yg agak kritikal


perasaan sebak dan gembira semakin bercampur aduk
kala me baca update dari Suraya Tahir
*
*

tetiba bila baca update yg ini
me terasa agak risau
tapi tetap tak putus mendoakan kesejahteraan Ina Salleh
*
*

selang beberapa minit
terkejut sangat
bila tiba-tiba Suraya Tahir update sebegini
yg mana beliau minta
jgn sebarkan apa2 cerita yg tidak benar
masa nie jantung me dah berdegup kencang
berdebar-debar sangat
*
*

bila scroll hp tengok ada apa lagi update
me terpandang update yg bawah nie
*
*

Ya Allah!!!
bila baca komen2 tu
tetiba mata terasa panas
nafas seakan sesak
hati terasa sebak sangat
air mata nie dah tak tertahan dlm takungan
*
*

tapi, bila baca update dari Suraya Tahir
perasaan lega itu sikit sebanyak dtg
memujuk hati ini
*
*

rupa-rupanya, berkemungkinan berlaku salah faham
ya..
me andaikan
dalam keadaan sebegini
semua orang dalam keadaan tertekan
berkemungkinan Norashikin Bt Ahmad tiada niat
untuk mengguris hati sesiapa
mungkin beliau salah faham
me rasa
semua orang tak mahu apa2
yg berlaku terhadap Ina Salleh
oleh itu
marilah sama-sama kita lakukan solat hajat
serta panjatkan doa pada Nya Yg Maha Pemurah
agar Ina Salleh sembuh seperti sedia kala
Insyaallah..

**Ina, Nani tahu Ina sangat kuat dengan dugaan Nya..
Insyaallah, Ina akan sembuh
bersabar ye Ina....
Kami semua nak Ina tahu, kami sentiasa mendoakan Ina
Kami sayang Ina..
Luv & Hugggssss!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 25, 2012

Akhirnya.. Congrat!!

Alhamdulillah...
akhirnya, saat yang kami tunggu-tunggu
 setelah sekian lama tiba jua
setelah berbuih + kejong mulut hubby suh bertunang
23.06.2012, termetrailah perjanjian si uda dan dara
dengan tersimpulnya ikatan pertunangan
diantara dua insan yang me & hubby dah anggap
seperti adik sendiri
(apsal ayat me skema sangat niehhhh)


sweet nye!!
sweet macam coklat yg kat dalam tu
eheeemmm eheemmmm...


nie lah bakal perantin pompuan
cik ekin
cantik sangat dia nie
dah macam kim kardisan (versi Ampang)
tapi camera hp me nie blur
maap lah ye!!!
tapi mmg meletopssss
time nie cik ekin tu sangat nerbes
maklum aje, suma mata dok tumpu ke dia
control je tu... lam hati, dub dab... dub dab...
hahahaha


okeh.. nie lah bakal perantin kita
en ezad (boy) & chenta hati... cik ekin
so sweet lah both of u..
anyway, me & hubby tumpang hepi
akhirnya en ezad dah sampai seru selamat meminang cik ekin
seb bek cepat, kalau x, cik ekin tinggalkan ko en ezad..
seperti yang suma org harapkan
Insyaallah, kami doakan korang bahagia hingga ke akhir hayat
CONGRAT!!!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kami Sayang Kamu..

berat sungguh dugaanmu wahai sahabatku Ina Salleh
sedih hati nie dengar khabar dirimu
Nani doakan semoga Ina kuat melawan sakit ini
tiada siapa pun insan di dunia ini mahu di uji sebegini
tapi, percayalah, Ina salah seorang hamba Nya yg istimewa
yg dipilih untuk di uji sebegini
bersabar dan bertahan ya wahai sahabatku, Ina Salleh
ketahuilah, kami sentiasa bersama mu mendoakan yang terbaik buat mu

ini antara screen shot yg me amik dari wall fb Ina Salleh
*
*
*


Masya Allah...
18 jam Ina Salleh dalam OT
tapi, Alhamdulillah...
dpt tahu beliau dlm keadaan stabil


antara best friend beliau, saya kira barangkali...
semalam berlakunya sedikit komplikasi
ada pendarahan
Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguhnya Kau Maha pemurah lagi Maha Pengampun
Kau selamatkanlah sahabatku ini
serta ampunilah dosa-dosanya
tabahkahlah hati sahabatku, Ina Salleh dengan dugaanMu ini


Info dari adik bongsu kesayangan beliau
meruntun hati kecil ini bila baca rintihan dan harapannya



sangat sebak bila baca post rakan beliau
sedih sangat sangat....


doa dari keluarga terdekat serta rakan2 yg tidak pernah putus
semua sangat menyayangi beliau
bukti beliau sangat2 disenangi ramai

Insyaallah, marilah sama2
kita mendoakan yang terbaik buat Ina Salleh
agar beliau pulih seperti dahulu yg kita kenali
agar beliau dapat kembali ceria bersama keluarga tercinta
walaupun hati semakin sebak dan pilu
bila terbaca post yang ini, pagi tadi
*
*
*
*
*



Semoga Allah selamatkan kamu wahai sahabatku, Ina Salleh
ingatlah, Allah sangat menyayangi hambanya
itu sebab, Allah menguji hambanya..
Kami Semua Juga Amat Menyayangi Kamu....

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 22, 2012

Semoga Cepat Sembuh

petang semalam masa godek2 fb
tetiba terpandang kat wall pasal nie
dek nak tau nape, me pun tanya Ana Daud kenapa...


lebih surprise
bila dapat tau satu berita yg amat memeranjatkan
me seperti kehilangan kata-kata
*
*
*

akceli Ina Salleh nie
salah sorang fren yg me agak rapat
masa me sekolah form 3 kat SMT
(year 1992 - my lebly ayah posting Trolak Timur)
walaupun berlainan kelas
tapi kami agak rapat
sebabnya me berkawan dgn Rina, Afidah & Azliah
diaorang nie satu kelas
kami kenal x lama
lebih kurang setahun macam tu je
pastu form 4 me tukar sekolah lagi
hubungan kami terputus mcm tu je
maklum aje zaman tu mana ada tenet lagi
handphone pun lum ade jugak
tak macam budak sekolah skang pakai hp cecanggih
anak sendiri pun siap ada ipad bagai...
yg ada no telefon rumah aje
tapi me dok hostel, mana lah ada istilah telefon2 nie

nak pulak my lebly ayah retired lam taun 1997
memang terus xde lah kami di sana lagi
pastu my lebly parent terus menetap kat Melaka
at last, early 2009 baru kami berhubung balik
tu pun selepas my sista Oya bgtau me yg Ina Salleh ada blog
 me sesaja google cari & terjumpa blog nie
http://fariena1111.blogspot.com/
rupanya Ina Salleh adalah pemiliknya
lepas tu hubungan kami berlanjutan dengan fb
 sampai sekarang hubungan kami baik
walau sekadar di dalam alam maya
tup..tup..tup... bila dpt tau berita nie
betul2 buat me terkedu...

***buat Ina Salleh
(yg mungkin berada di dalam Ops theatre skang nie - ini yg disampaikan oleh Azliah tadi)
Semoga Ina kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan Allah ini
Ingat ye dear!
Allah takkan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya
Insyaallah, kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat Ina
kami juga sentiasa ada bersama Ina
semoga Ina cepat sembuh agar keceriaan kembali menyinari hidupmu..
Insyaallah...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 21, 2012

Wednesday, June 20, 2012

Seni

subjek DSV aka Dunia Seni dan Visual plg Lil P x suka
time kinder dolu
he luv drawing but he hate coloring
kalau draw, suka sangat
macam2 benda fantasy dia buat
tapi bab color, memang out
katanya membosankan
bukan x ajar dari kecik, tapi mmg dia x minat
but now, dia dah start suka drawing & coloring
setiap hari kalau lepas buat homework
Lil P akan melekat ngan sketch pad dia tu
even tengah tengok tv pun dia akan curi2 buat



kusyukkkk!!!


color tu present dari aunty Phyza & uncle Black
kalau x silap, last year masa nak masuk kinder
tapi now baru dia guna
sebab minat baru datang
ha ha ha ha

tapikan malam tadi masa nak lelapkan mata
tetiba dia cakap camgini okeh!!

Lil P: Ibu, besok Wednesday kan.. Along ada Art
Ibu : Errrmmm.. okey.. Esok Ibu siapkan beg Art letak kat skul beg Along
Lil P: Ok.. Taaappiii.... Along kena buat tikar, Along x tau buat dan x siap pun lagi
Ibu: Errrmm.. Tak pe, esok belajar tau lah tu
Lil P: Bukan.... Along dah belajar aritu, tapi x siap lagi. Esok kena pass up
Ibu: Hahhhhh!!! Apa?!. @####8& (sambil terkulat2 lam gelap)
Lil P: Apa kata Ibu tolonglah Along buat kan.. Along temankan Ibu
(pandai kan?!!! Ayat pujuk ibu kasi cair)

time tu rasa nak marah okehh!! angin rasanya
mana taknya mata dah layu, kepala dah berat
dah setting nak lelap aje dah time tu
tapi ntah napa, marah tu tak terkeluar pun
terus je me turun bawah bawak naik art beg dia
dengan harapan nak suh dia buat sesama
naik atas balik, Lil P dah terlelap siap berdengkur
adoyaii!! sian nya la tengok anak keletihan camtu
terus tak jadik gerakkan dia

so, yg jadik mangsa, Me laaaa
huwwaaaaa....
pukul 11.30 mlm baru start nak garis dan potong bagai
sib bek ada plak balance kertas origami utk buat star
dah siap potong-potong
terkebil-kebillah me dok anyam tikar utk Lil P
fuuhh!!!


akhirnya pkl doblas malam baru settle
time tengah buat tu Mr Hubby baru balik
dia pun pelik dok tengok me buat benda alah tu
bila me citer, apalagi gelak lah Mr Hubby
dia cakap, Lil P sangat cerdik
motip dia ckp last minute adalah
Ibu akan tolong dia buat sebab
dah tentu Ibu sendiri x koser nak marah2
+
x sanggup nak menahan mata lagi
+
akan kseian kat dia
waaalaaweeiiii!!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 17, 2012

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa especially dedicated to Bapak, late FIL dan jugak to Mr Hubby..
macam tahun sebelum nie
Lil P jugak x ketinggalan wish ayah kesayangan dia
since semalam Mr Hubby kena kerja
x de lah apa2 celebration
budak nie pun memula agak moody
gegara Ayah kena kerja
Ayah nya pulak x sampai hati
suh me bawak Lil P ke JJ
bawak pi game + makan2 kat situ
adoi lah anak..... terpaksa lah layanzzz
kalau x, ya ampun!!! Moody....


nie lah hasil kad Lil P tulis untuk ayah dia
bangga gitew!!!
siap draw mcm2 gambar
hokeh... meh closed up skits...
*
*
*

tarrraa!!! nampak tak?!
tu ayat dia karang sendiri
sangat touching sebab tulus dari hati dia
lagi best
all costs by his own pocket tau!!
bangga gila lah dia
sebabnya ari sabtu ritu
 me mintak tolong dia kemas2 kat rumah
since we ols decide not to go anywhere coz weather x elok
ngan berjerebu + me plak belum cure dari batuk
kami uat spring cleaning kat rumah
clearkan macam2 benda yg tak guna dah
pastu dia heboh mintak upah duit syiling
me pulak ada idea
suh Lil P tolong angkut suma oldnewspaper + magazine lam bonet keta
angkut pi jual kat Ane yg beli suat kabo lama tu
me suh dia deal sendiri (me perati dari lam keta...)
bila dapat duit - RM 9.60, punya lah hepi
tapi terus bagi kat me..
eehhehh!! baiknya lah hati dia

campur tolak tambah darab bahagi ngan duit upah + duit  balance belanja ari Jumaat
so semalam pi JJ
dapatlah dia beli kad + coklat utk ayah
coklat tu katanya coklat pebret ayah
"Ibu, ayah suka makan coklat hip hop (snickers) ngan coklat Kit Kat"
waalawweeii!! sweettttt lah wahai anak...

**me saja ajar dia, setiap apa yg dimahukan, kena berusaha
x mau dia terlalu manja sangat
walaupun me mampu beri lebih dari apa yg dia nak beli utk ayah dia
Insyaallah
semoga Lil P akan menjadi anak yg soleh
serta mendengar kata untuk kami...



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 14, 2012

So Sweet!!



semalam dapat nie dari my bunny - Danial
dier sangat concern bila me sakit / tak sihat
puncanya sebab me dah beberapa hari x lalu nak makan
balik dari sekolah semalam, terus Lil P bagi nie
so sweet!!!
malam tadi masa nak tido
dier peluk me sambil tangan dia usap2 kat dada me
ye lah.. me batuk teruks sangat
esp time sebelum tido
errmm.... terharu nya hati Ibu...

**pagi tadi nak pi keja, Lil P hulurkan vicks suh spare lam bag
hhooohhooo... touching weii!!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 12, 2012

Batuk

Walawei!! Masuk ari nie dah 3 botol ubat batuk dah me telan
sampai naik hi dah nie
fenins lalat pun ada
tapi batuk x gak reda
makin teruk adalah
sampai terkucil2 + cramp pewut dah nie
paling teruk waktu malam
batuk nonstop.. anak tekak rasa gatal, perit ngan semput bagai
paling merana, me batuk yg tak de phlegm
walaweeei!!! nak nangesssss
pagi tadi sampai berdarah
agaknya luka
huwaaaaaaa!!!!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Asam Pedas Melaka


Malam tadi punye dinner, 2 org lelaki kat rumah tu request asam pedas.
Tengok lam esbok ada lak ikan kembung.
Apalagi, campak2 kan apa yg patut, tanak nasik, potong timun sbg ulam..
Siap!! Asam pedas tu kuah + ikan semata2. Sebabnya lam esbok x de bendi or terung..
Tapi Lil P makan laju jer
sampai tambah2.. 3 senduk nasik + 2 1/2 ekor ikan
suka ati nengok anak makan beria-ia
sampai dier cakap "Ibu masak sedap sangat sampai ilang diet Along"
tak pe lah wahai anak... makan lah selagi boleh
x sampai hati nak larang...
terubat penat memasak tengok anak suka makan masakan kita
berbunga hati Ibu...
**dier dah siap2 request nak sambal sardin + ayam goreng utk ari nie
Laaayaannzzzz....

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 11, 2012

Baked Macaroni Cheese

semalam, balik dari jenjalan, ter rajin lak nak uat benda alah nie
dah lama x buat, tetiba teringat nak buat utk dinner
tengah hari semalam lps balik dari Morib sempat ke SOGO dulu
dok tukar seluar Lil P, size tak ngam
otw balik, singgah kat Tupai Tupai, Jln Dewan Bahasa nak menupaikan diri
lunch kat situ jewww



teruk betul kaler yg kat tepi cheese tu
sebabnya Mr Hubby lupa nak jengok benda alah nie lam microwave
time tu me naik atas, mandi
seb bek sikit je yg itam nye, tapi x hangus cuma kaler je dah itam


taraaaa!!!!
time for makan...
super nyummy delicious!!! masuk bakul angkat sendiri
tapi kalau dapat bubuh cheddar cheese lagi sedap
me guna slice cheese jewww
belasah lah labu..
janji sedap dan rasa dier tak larikkk!!! ayat dasar si pemalas nak pi beli

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Short Trip To MORIB

kisah last weekend
tetiba pagi Sabtu tu Mr Hubby suh siap2
ajak ke Bdr botanic Klang - amik brg gym
pastu suh bawak spare baju Danial coz nak singgah Morib katanya
kebetulan, rumah suma dah settle kemas
dah siap lipat kain bagai
so, apalagi...
zaassss siap2 terus pi


me wif my little bunny - Danial
sangatlah hepi time nie coz tau dpt lepas gian mandi swimming pool
pebret aktiviti
**sila abaikan muka sememeh me tu..hihihi


sampai je  sini, terus dengan aktiviti kat pool
me, mandang dari lam bilik je
x kose nak menghitamkan kulit
Mr Hubby ada dok layan
selamatlah kulitku dari kena matahari
LOL

tetiba Lil P nampak me dok snap2 pic dier
terus jerit2 sambil uat 'peace'


tu lah Mr Hubby
sangat suka melayan kerenah Lil P
kalau me, kurang sikit
lebih baik feeling feeling merehatkan diri lam bilik


lepas berjam-jam merendam kan diri
masuk bilik sampai terlena
penat sangat lah tu
tapi kejap je
agaknya laparm senang je bangun nak pi makan


balik dari makan kat pekan Banting, singgah jap kat Ekspo kat ngan hotel
haaaa... suka sangat ngan aktiviti nie
**agak2nya, apa yg bunny tu ckp kat Lil P ek?!! he3


last but not least
nie pic gedix me time nak check out semalam
**abaikan jugak baju & tudung yg sama time ari dtg sebab dah kata nie short trip
yg penting, anak hepi dpt berendam lam kolam
me pong hepi dapat relax2ing feeling diva walaupun dok terperuk lam bilik

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 8, 2012

Merembat Waktu Lunch

apakah?!
ooohooo... tadi pi menggedik kan diri wif Norli kat Sogo
mulanya saje nak cuci mata
alih2 teringat pulak nak tengok short utk Lil P
since banyak dah jeans yg dah tak muat
kebetulan time tu Mr Hubby pun ada kat sana
so, rembat lah
hasilnya
4 pcs shirt + 2 pcs jeans for Lil P
pas dah bayar for Lil P, Mr Hubby bagi ongkos utk me cari blouse
dier membawa haluan sendiri...
(sendiri mau ingat kalau ari Jumaat ye!)
so, dptlah 1 helai blouse for me
jadik lah
x leh lelama sangat... nak kejor masuk opis lak
Mr Hubby punya, x de
dah sape suh cerewet sangat, kena beli sendiri lah... he3
nielah hasil rembatan waktu lunch tadi


*** seb bek kejap je leh merembat... kalau x.. uissk!!! LOL

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Fresh From Oven - Muammar Daiyan Bin Shameer

Alhamdulillah
semalam, 07/06/2012 tepat jam 1.30tgh
lahirlah seorang lagi khalifah Allah di muka bumi Allah yg bertuah ini
yang diberi nama
Muammar Daiyan Bin Shameer
anak kepada pasangan abang iparku bersama wife nya kak Ina
tahniah!!!
kami semua happy
sebabnya dah 7 tahun x de baby lam family kami
so, suma orang excited + happy


yang paling excited + happy adalah my anak lah
tengok aje lah pic tu
happy sesangat coz Paklong & Maklong dapat baby boy
so, dah ada geng
yeeehhuu!!!!
Danial sangat sayangkan baby nie
kekejap dok ulang alik pi nursery room dok tengok baby
sampaikan suma nurse & doc tu ingat Danial n baby adik beradik
maklum lah, dier yg excited lebih
kakak2 baby, x mo sangat ngan baby
maybe malu2 n jelez2 jugak
LOL


okehh!!
skang kita close up pic baby pulak
taarrraa!!!
fresh from oven you!!!
"Hi suma!! saya dah kuar dari perut ibu"
ok... ngarut je me nie kan!!
eerrrmm.. Rindunya nak ada baby sendiri
okeehh!! okeehh!!!
think positive!! Insyaallah, kalau ada rezeki dari Nya, akan adalah (Insyaallah...)
kalau dah tertulis, sorang tu je budak tembam, aku redha

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Aktiviti Cuti Sekolah - Mid Term 2012

kali nie x kemana pun
balik Melaka (itu pun demam) pun x kemana
kebetulan me amik block leave
so, balik KL bawak sekitar KL je
ari selasa ritu bawak Lil P pi Pusat Sains Negara
ada show 'Dinosours Live'
best jugak
cumanya pack sesangat
tapi disebabkan Lil P, redah je lah...



kepala tu cam nak ken ngap ngan dinosours tu kan?!


photo session


akceli dinosours tu leh gerak2 ngan ada munyik2
Lil P memula cam takut je
mana taknya, kena sergah ngan dinosurs tu
ekekekeeee

nie ari Rabu

time nie memula nak bawak pi Kidzania
tapi dah ler gerak dari rumah pkl 11.30
pastu Mr Hubby kata pkl 4.30 nanti kontraktor TNB nak dtg
nak pasang meter baru
tu yg ubah plan
so, kami  berdua ke Times Square Theme Park ajer
(mr AYAH koje)
layannzzzzzz

 kekononnya naik pirate ship la nie
funny!!!
sebab nya thrill la jugak


hepi faces!!
time nie naik bumble bee
seronok tengok Lil P skang
dah semakin pandai independence
queue up sendiri
dah tak perlu Ibu temankan
sang Ibu nie monitor dari jauh je
Lil P dah ada self confidence...
keep it up Danial !!!


what a hepi faces!!
biasalah lah kan
all kids memang hepi kalau dapat pi tempat macam nie
me lagi hepi bila tengok Lil P enjoy!!


siap lah amek gambo n tempek kat gambo Mickey & the gang
tapi me suka pic nie.. sweet!!!

last but not least
Danial's hand wax
cute!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 7, 2012

Dari Nya kita datang, kepada Nya kita kembali.. Al Fatihah

Salam
mood masih lagi weng weng
ari nie baru start koje setelah cuti selama 5 hari
pulak tu baru baik demam
mood kerja, masih lom menjelma
dok belek2 email
tetiba dapat email ini


kalau masih ingat lagi
entry me sesebelum nie
sedihnya
bila dapat email dari hr
meruntun hati dan jiwa bila baca setiap bait perkataan
tapi kita harus redha
kematian itu sesuatu yang pasti
daripada Nya kita datang, kepada Nya kita kembali
Takziah buat keluarga Allahyarham
Al Fatihah


semoga roh beliau tenang dan aman di sana
serta semoga beliau di letakkan didalam golongan orang2 yang beriman
Insyaallah