Friday, March 30, 2012

FALLING iN LOVE wif ESTEE LAUDER

Weehhuuuuu...
 Its time to self rewards..
Penuh cosmetic bag me wif ET products.
Kali nie niat di hati just nak beli pencil eye liner + BB cream ajer..
Alih2, dah terkalih lah pulak..
Siap dengan skincare + make up gitew..
Hangus duit makkkk!!
Tapi x pe, mak puas hati gitewwww..

Puncanya sebab kulit muka nie dah ada problem gegara tukar loose powder.
Gedix sangat dok nak try brand yg nama sama ngan bulan nie,
hhhaaaaa!! Amek ko!!..
Berbintil2 kuar jerawat kecik2 mcm ruam..
Agaknya x sesuai lah tu.
Plus pulak hormon dah bertukor agaknya.
Maklumlah.. Dah ketu...
Harap2 pasnie, skin makin berseri n hilang lah jerawat2 kecik tu...
So, pasni mcm leh bubbyeee kat Ms Clinique n Ms Lancome utk sementara waktu...
Buubbbyyyeeee!!!
**teringat memori daun pisang - hantaran kahwin dolu
dapat set makeup n perfume ET plessure from Mr Hubby
he..he.he...

Tuesday, March 27, 2012

MINOR SURGERY - TONCIL


nie citer dah basi
basi sesangat
sebabnya, me yg terlalu busy time tuh
sampai cam bebuat blog nie cam dah x wujud
huuuuhhh!!!

nie kesah my hero lah
bulan Dec 2011 ri tu admitted
kena uat minor surgery coz toncil dier dah kronik
dah block salur pernafasan dier
doctor kata, sangat bahaya
leh terberhenti nafas time tido
Allah!!! me punya lah takut time tu
so, doc bagi surat refer kat hospital
me bawak Lil P check kat Dr Aminoddin
specialist ENT kat Ampang Puteri
alhamdulillah, 3D2N lah jugak check in kat situ
Lil P pun dah sihat
so layan lah pic nie untuk kenang2an
*
*
*

Day 1 admitted
sangat hepi hokeehhhh!!!
nie si manja ayah


me balik keja terus datang sini
tengok2, baik punya landing mamat nie
akceli me amik single room
senang nak berkampung kat sini - LOL


hokehhh
nie Day 2
dah get ready nak ke OT
apa2 pun snap pic dolu wif koko
ngeeeee


peluk2 wif lebly ayah pulak
time nie ayah sangat nerbesssss
tu saje je buat2 cool
he3


Lil P was lucky...
1st patient utk hari tu
errmmmm


nasib baik lah Lil P tak nerbesssss
dier hepi jer
tapi request x mo ayah yg teman kan dier masuk
(maybe tau ayah jenis x sampai hati...)
nak ibu jugak...


time nie dah kuar OT
tapi dier sangat moody
tu sibuk berkepit ngan KOKO plus main game dari hp ayah
org dtg visit pon buat derk jer
mogok sebab sakit + lapar nasi
tapi x leh makan
he3


hooookkkkkeehhhh
yang nie pon
siap tutup muka
sebab nya sedih sangat x boleh makan nasi
muahahahahahaaa
** sedih sangat2 bila Nyel cakap, "Ibu, Along lapar..... Along nak nasi..."
hhhaadooiiiii!!! sedihhhhhh saanggattttttt



yg nie pic Day 3
tengah tunggu nak discaj
still moody coz sangat lapar katanya
tu yg bawak diri sambil main iPad kat tepi tingkap nieh
hahahahaaa
apa2 pown, Alhamdulillah, Nyel dah sihat walafiat

** million thanks to Mr Hubby
coz sanggup amik coti utk jaga Nyel memandangkan time tu me x leh coti........
thank a lots... Muuuaahhhhhh!!!!!!!

LEOPARD

Tengok je lah si hero me tuh..
Selamba je dok ajak kucing kesayangan dier lepak2 atas sofa ai!..
Adoiii!! Dah cakap banyak kali, pun dier buat x kesah je..
Hu3..
X pe lah Nyel.. Janji hepi..
Lupa nak gitau..
Tu kucing yg sangat manja.
Lil P panggil Leopard..
Haiiihhhh!! Mcm garang n ganazzz..
Tapi x..
Manja sangat..
Mr hubby pun dah sayang kat Leopard.
Bukan senang Mr Hubby nie nak suka ngan kucing.
Tapi sebab Leopard nie lain..
manja n sangat behave..
Tu pasal mendapat tempat dihati kami..
***teringatkan mak mertua me panggil, "Lepat ohhh Lepat..." ha3

BASIKAL BARU

Last sat, bawak MIL n Lil P pi kedai basikal
Since basikal sebelum nie dah x sesuai dengan keadaan semasa (weight Lil P),
we all decide utk belikan new bike utk Lil P.
Ye la, basikal sebelum nie, beli masa umor Lil P 3yrs old.
So, memang dah patut sangat kena ada basikal baru.
Walaupun basikal tu still in good condition, tapi dah x sesuai sangat dah..
Tu tengok lah tu..Danial sangat hepi wif his new bike..
Uwan selaku penaja hari itew jugak hepi. LOL...

Thursday, March 22, 2012

MENYUSAHKAN AJE

Cuba baca kes nie KES CULIK LAGI yang dlm blog me tempohari.
Macam2 perasaan yg datang lepas dapat tahu time tengok berita malam tadi
Marah, geram, sakit hati, meluat, menyampah...
semuanya ada
huhhhh!!!!
cuba baca  berita yg me petik dari mynewshub.my nie...
*
*
*


Siti Fatihah Mengaku Tidak Diculik

KUANTAN – Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik.
Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.
“Setelah menyiasat kes ini, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik. Remaja ini keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak.
“Gadis ini mengaku dia lari dari rumah untuk menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ahad lalu, Siti Nur Fatihah dilaporkan `diculik’ oleh tiga individu termasuk seorang wanita semasa keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini.
Gadis itu bagaimanapun ditemui selepas polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di Kampung Merchong, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Dia dibawa ke kampung tersebut yang terletak kira-kira 120 kilometer dari bandar ini.
Narenasagaran memberitahu, remaja itu sendiri menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk menghantarnya ke rumah teman lelakinya di Kampung Merchong pada hari dia dilaporkan hilang oleh keluarganya.
Menurutnya, Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sultanah Fatimah di sini untuk diberi kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu ditemui sesiapa.
Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang didakwa melarikan gadis tersebut, Narenasagaran berkata, mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil untuk memberi keterangan.
“Mereka tidak melakukan penculikan. Mangsa sendiri mengaku tidak diculik serta tidak dikasari atau dipaksa,” jelas beliau sambil memberitahu kes ini dianggap selesai.
Sementara itu, di MELAKA, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes culik di negara ini.
Menurutnya, polis yakin anggota dan pegawai polis sedia ada mampu menangani kejadian seumpama itu.
“Kes penculikan dan kehilangan individu di negara ini tidak serius. Bagaimanapun, ia mungkin disensasikan seolah-olah negara ini tidak selamat sehingga mencetuskan suasana panik dalam masyarakat,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.
Ismail menambah, beliau percaya kepada kemampuan pasukan polis dalam menghadapi sebarang kejadian jenayah termasuk kes culik selain akan meningkatkan pemantauan dan rondaan bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.

@#$&****$###@@@
kesimpulannya, budak nie memang budak yang bermasalah
for me
dia bukan dari keluarga yg bermasalah
tapi dia jebakkan diri dengan masalah sosial
sebenarnya dia tak nak dia dikongkong
ehh budak!! ko paham tak yg Ibu n Ayah ko tu sayangkan koooooooo!!!
kalau tak sayang, dah lama dia campak ko lam tong sampah
tak pun senang cakap, dia dah bagi ko jadi makanan jerung
**errkk!! ter emosi pulak....
adakah bebudak zaman skang tak boleh di tegur
perlukah ada boy friend lam usia semuda dia nieh

zaman me dolu siap kena sesah ngan tali pinggang n ranting pokok
*kalau skang dah kata kes dera
zaman me dolu, mana pandai nak ber boy fren
*kalau ada pun, boy fren intai2 lalu kat tepi kelas je
zaman me dolu, dah menggigil kalau dah kena jegil
(jegil je yerrr!! itu belum kena sesah lagi)
*budak skang, bila ditegur, menjawab sambil tengking2 balik

dan paling sadis, bila terjadi seperti kes Fatihah nie
satu Malaysia tertipu ngan sandiwara dia
yang kesian, mak ayah dan family dia
sampai bingung fikiran mak dia memikirkan apa alasan yg budak tu diberikan kepada polis
org ramai pula akan mencemuh..
"Mak bapak tak pandai jaga anak, tu sebab jadi lagu tu"...
errrmmm... tepuk dada tanya selera
yg pasti, bukan salah mak ayah atau family dia

Wednesday, March 21, 2012

PROTON


Ok, hari nie kita citer pasal keta pulak
Me nie pengguna keta proton tegar
memula proton wira sedan (dari taun 1999 - 2009) - sepuluh tahun kan?!
2009 smp skang, guna Proton Waja jer
bukan tak de angan2 nak melaram ngan keta imported
tapi, bagi me & hubby decide tunggu dululah...
biarlah ikut kemampuan
bak kata pepatah, "ukur baju dibadan sendiri"
bukan x boleh nak bayar tetiap bulan,
tapi buat apa kalau seolah2 menjerut tengkok sendiri
mana x nya, kereta import tu memang stylish
harga pun stylish - he..he..he...

Eh!! melalut sudah...
Proton pun apa kurang nya
setakat nie, alhamdulillah, me selesa jer
walau pun ramai orang kata, Proton n Perodua nie
kelas biasa biasa jer
tapi.... ada KU kesaaahhhhhh
wahhhh!! Gitu......... 

Lets we go wif Proton Exora
1st MPV from Proton
errmm... stylo jugak
tapi sila jangan compared wif imported MPV
yg dah tentu yg plg murah harga melebihi RM 100K
for me, Proton Exora just nice
harga pown masih lagi dalam lingkungan yg masuk akal
(he..he..he...)
sesuai utk yg dah berkeluarga
sangat selesa
dan Proton Exora pun dah banyak dapat awards
***errmm... bangga nya bila produk Msia dpt awards



lawa kan?!!!




Okehhh nie ruang dashboard nya
alaaaaaa... ruang kokpit... he3
kemas n cantik

sangat luas dan selesa

hokeh....
me dok citer pasal Proton Exora nie bukan sebab ada plan nak tukar keta
setakat nie, tak lah lagi
jgn salah faham k!!!
cuma nak berbangga ngan Proton sebab berjaya menghasilkan MPV yg cantik
Tahniah PROTON...
** suma pic hasil dari google




Tuesday, March 20, 2012

KES CULIK LAGI

Negara kita baru aje kehilangan Arwah Adik Dirang
yang mana Arwah diperlakukan kejam
iaitu diculik ketika pergi ke kedai untuk membeli maggi dan telur,
dibunuh serta dibakar.
Apa motifnya, tidaklah kita ketahui.
Cuma pihak polis dah berjaya membuat tangkapan dan suspek akan didakwa secepat mungkin.
Hari nie negara kita dikejutkan lagi dengan kes culik yg kedua dalam bulan Mac 2012.
Masya alllah..
Semoga Adik Fatiha selamatlah hendaknya.
Ketika nie, me teringatkan Lil P..
Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah anakku dari kejadian seperti ini...

Monday, March 19, 2012

ALHAMDULILLAH

Hari Sabtu hari tu me bertemankan body guard (Lil P)
&  beberapa kwn2 opis - Nadia, Faizah, Fiza n Yana
pi visit Kak Sham
kat Kg Semungkis, Batu 14 1/2, Hulu Langat.
Alhamdulillah, suma dah back to normal
diatas pertolongan yg dihulurkan oleh our HR
yg hantar beberapa org staff selama 3 hari
utk tolong Kak Sham mengemas rumahnya.
Proud wif CIMBans yg tolong serta berikan sumbangan
x kira dari segi tenaga atau barang2
malah menurut kak Sham rezeki beliau anak beranak amat murah
sebab setiap hari ada je barangan yg beliau dapat
sebagai ganti yg telah hilang, rosak n musnah akibat banjir hari tu.
Katanya, walaupun 1st time kena sejak duduk kat situ since dari zaman kanak2,
 tapi Kak Sham redha katanya.
Itu dah ketentuan dan pemberian Allah.
Alhamdulillah, suka sangat bila tengok Kak Sham hepi melayan kami..
Tengoklah pic kat atas tu..
 ** best dok kat umah kak Sham.. Ala2 leh uat iklan raya..
plus ada anak sungai kat belakang rumah.....
rasa nak dtg hari hari
ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮

Friday, March 16, 2012

TAK SABAR

Akceli saje je gediks nak upload pic nie sebab dah x sabar rasanya.
Jgn x tahu, Lgk nie tempat wajib pi setiap tahun. LOL..
Kali nie kami plan pi 'reramai'.
Tapi yg 'reramai' tu, end up, 4 org je yg dpt pi. Me, Mr Hubby, Lil P n MIL.
Yg lagi 2 org (My YB n SIL) tu konpom x leh pi..
Coz My SIL tu kena handle event as a 'Project Manager" on dat day
Sian dier siap nanges2 coz plan dah lama.. Hhadddooiii!! Haru...
X pe lah ye dik nonnnnn... Next time kita plan pi tempat lain pulak
bukan apa, ahkakkk ko nie nak muntah dah dtg sini (poyyooooo!!)

MISI MEMBANTU RAKAN YG MENJADI MANGSA BANJIR



Last week, hujan lebat melanda KL
sehari & semalaman
menyebabkan berlakunya banjir yg teruk
di area Hulu Langat, Ampang dan sekitar KL
antara yang menjadi mangsa, rakan sekerja me
Kak Sham nie our best tea lady
pandai buat air
peramah
n kelakar orangnya
dah hampir seminggu kak Sham diberikan unrecorded leave oleh company
bermakna selama tu jugak tak de dengar gelak tawa kak Sham
selama tu jugak tak de dengar suara kak Sham menyakat me
selalunya kak Sham akan tegur tudung atau baju yg me pakai
ataupun kalau dier nampak dahi me berkerut2 ngadap pc
memang akan adalah usikan dari dier
plus, dan selama tu jugak me tak merasa air nescafe best dari kak Sham
wahhh!! rindu kak Sham
dan paling kesian, barang2 rumah kak Sham 100% total lost
maknanya semua x leh guna dah


Nie Email dari HR, minta sumbangan dari kami tak kira dari segi apa pun




nie gambar rumah kak Sham selepas banjir lumpur yg melanda
so kesian kat dia
simpati sngat2 sebab kak Sham tu bukan orang senang
masih tanggung 2 orang anak kat Maahad (Indonesia) & sorang lagi masih belajar
apa yg me tau, kak sham nie Ibu Tunggal
oppsss.. lupa lak, yg pic lelaki kat lam email tu anak kak Sham
nie keadaan dalam rumah setelah air surut
Masyaallah...
me harap sangat Kak Sham sabar diatas dugaan dari Nya
Insyaallah, esok me akan join colleague dari CIMB utk buat aktiviti kebajikan di rumah beliau
Insyaallah....
 

MANJA

Manja la sangat budak nie.
Semalam his lebly ayah dah balik.
Yeeaayyy!! So hepi lah itu budak.
Ayah dah sampai je terus ajak makan kat Papparich..
HooHhhh..
X tau nak mamam apa dah kat Papparich tu..
Tapi Mr Hubby ikutkan aje..
Balik umah je, cakap ngan ayah yg dier rindu sangat kat ayah.
Tapi memang betul pongggg
Sampai demam2 + suh ayah picit kepala sebab pening sangat katanya
 Tu tengoklah ayah dier melayankan dier..
Nyaammpeesss tau!! Manja gilerrrzzz.. Bluweeekkk.. hahahaaaa (Ibu jelezzz)..

Thursday, March 15, 2012









PENGENALAN KEPADA KANSER PAYUDARA
Kanser merupakan satu kumpulan penyakit yang terjadi akibat daripada sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Organ tubuh terbentuk daripada pelbagai jenis sel. Lumrah serta sifat asalnya, sel-sel ini membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
Kadar penghasilan yang melebihi keperluan, menghasilkan lebihan tisu yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan pertama merupakan ketumbuhan yang tidak berbahaya kepada penghidap. Hampir 80% daripada penghidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan yang mengalami ketumbuhan jenis ini.
Kanser payudara merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula pada bahagian payudara. Ia berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ dan seterusnya menyerang organ lain serta tisu-tisu berhampiran.
Sel barah ini mampu membebaskan diri daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan(lympathic system). Proses perjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.




PENYEBAB KANSER PAYUDARA
Penyebab sebenar berlakunya kanser payudara masih belum dapat dipastikan. Kesimpulan yang dibuat oleh para penyelidik ialah, kanser payudara berlaku gandingan antara faktor keturunan(genetik) dan juga faktor persekitaran. Apa yang diketahui hanyalah faktor risiko yang merupakan suatu perkara yang menentukan risiko seseorang terhadap penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kepada penyakit kanser paru-paru atau lemah jantung.
Risiko terhadap penyakit agak sukar untuk ditentukan kerana pengaruh faktor risiko adalah berbeza. Antara faktor yang mungkin menambah risiko seseorang menghidap kanser payudara adalah seperti berikut :
Usia yang meningkat.
Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
Telah mendapat kanser pada salah satu payudara.
Datang haid awal(sebelum usia 12 tahun) atau lewat menopaus(selepas usia 50 tahun).
Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada usia lebih 30 tahun.
Mengambil makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.
Risiko seseorang wanita untuk mendapat kanser payudara meningkat selepas usia 40 tahun. Jika ada riwayat keluarga yang positif, makan risikonya juga akan meningkat. Wanita yang berada dalam keadaan ini harus mengambil langkah berjaga-jaga seperti selalu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara(PSP)sebelum usia 40 tahun.
Risiko seseorang individu untuk mendapat kanser payudara tidak boleh ditentukan dengan tepat kerana terdapat juga faktor-faktor lain seperti tabiat pemakanan, paras aktiviti harian dan riwayat keluarga juga boleh mempengaruhi risiko tersebut.

LAMPU BREK KETIGA

Adoi!..
Nasib baik lah pepagi gelap tadi me tak hentam belakang keta MyVi - WPX....
Geram beb!
Mana taknya, lampu brek ketiga dia tak berfungsi.
Sib baik me taklah ikut terlalu dekat & sempat brek serta mengelak sebab tetiba dier tekan brek.
Time tu memang berderau darah.
Lepas tu apalagi, jenuhlah mulut nie membebel sengsorang.
Mana taknya, mereka nie membahayakan pemandu lain.
Huuuhhh!!!...

DEMAM RINDU

Mr Hubby outstation dari hari Ahad aritu
 Insyaallah, kalau x de apa2, petang nie sampai KL
Lil P dah rindu sangat kat his Lebly Ayah..
Sampai demam2
Pic yg kat bawah nie paling kelakar,
 bangun je tidur tengok Lil P tengah balut tangan dier wif singlet Ayah coz nak amik bau katanya..
LOL


kasihannnnnnnnnn



yg nie pulak tengah high temperature
tampalkan cool fever
sampai terlelap ngadap ipad dier tuh...
hurrmmmm 

Wednesday, March 14, 2012

PENING

Kenapalah nie kan... tetiba blog me x leh view - gegara tukar template wehhooooo... nak buat camne nie adeh deh deh... tengah godek godek blog nie ha.. huawwaaaa... rasa nak nanges....

Friday, March 9, 2012

FIRST STEP

Actually hari nie macam excited sikit
sebab apa, sebab nak share email kat bawah
excited sebab nak jumpa Hanis
excited nak berjaya macam Hanis
excited sebab dah lama dah admire kat Hanis
sebelum nie cuma jadi silent follower n silent reader
niat kat hati tu dipendamkan aje
memula macam x yakin nak jumpa Hanis
maklum aje, Hanis nie belum lagi umur 30-an tapi dah berjaya
Usahawanita yg berjaya
Jutawan Muda tu...
tu yang ambil masa about 2 hari baru reply email Hanis
actually dapat rasakan Hanis nie sangat humble

terharu sangat bila Hanis x jemu untuk balas email nie
maklum aje, x confident ngan diri sendiri
tapi yg buat semangat berkobar sebab semalam bgtau Hubby
tak sangka, Mr Hubby x bangkang, malah bagi support
sebab selama nie, kalau sebut nak join sekian, sekian, sekian
jawapan Mr Hubby ialah
"tak payah lah... Belum tentu lagi berhasil.. dah banyak sangat org buat mcm tu
<"div align="center">tapi semalam, sangat terkejut sebab Mr Hubby reply sms n bg green light
owwhhhh!! excitednya
sekarang rasanya dah sampai masa nak transform kan diri
nak cari duit lebih untuk kesenangan diri dan keluarga semestinya
macam2 lagi yg diri ni nak
apa yg penting
memang nak ubah semuanya
kalau nak tau siapa Hanis, tunggu.............................

Tuesday, March 6, 2012

HAIR TREATMENT

Sejak akhir2 nie me perasan yang rambut me mudah gugur. Kadang tu terputus2 seolah-olah x kuat. Ari sabtu ari tu, me curi masa jugak pi uat treatment.. Ermmm.. Memang best.. Tapi, lama la.. Berjam jam dok terperuk kat kerusi salon tu. Pastu, amoi tu advice me guna hair tonic utk kuatkan akar rambut. Me pejam mata je bila time nak bayor tu.. Bebuat x nampak berapa jumlah yg me kena bayor.. Janji rambut me sihat.. Yaaawwwww!!!