Cuba baca kes nie KES CULIK LAGI yang dlm blog me tempohari.
Macam2 perasaan yg datang lepas dapat tahu time tengok berita malam tadi
Marah, geram, sakit hati, meluat, menyampah...
semuanya ada
huhhhh!!!!
cuba baca berita yg me petik dari mynewshub.my nie...
*
*
*
KUANTAN – Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik.
Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.
“Setelah menyiasat kes ini, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik. Remaja ini keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak.
“Gadis ini mengaku dia lari dari rumah untuk menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ahad lalu, Siti Nur Fatihah dilaporkan `diculik’ oleh tiga individu termasuk seorang wanita semasa keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini.
Gadis itu bagaimanapun ditemui selepas polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di Kampung Merchong, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Dia dibawa ke kampung tersebut yang terletak kira-kira 120 kilometer dari bandar ini.
Narenasagaran memberitahu, remaja itu sendiri menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk menghantarnya ke rumah teman lelakinya di Kampung Merchong pada hari dia dilaporkan hilang oleh keluarganya.
Menurutnya, Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sultanah Fatimah di sini untuk diberi kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu ditemui sesiapa.
Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang didakwa melarikan gadis tersebut, Narenasagaran berkata, mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil untuk memberi keterangan.
“Mereka tidak melakukan penculikan. Mangsa sendiri mengaku tidak diculik serta tidak dikasari atau dipaksa,” jelas beliau sambil memberitahu kes ini dianggap selesai.
Sementara itu, di MELAKA, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes culik di negara ini.
Menurutnya, polis yakin anggota dan pegawai polis sedia ada mampu menangani kejadian seumpama itu.
“Kes penculikan dan kehilangan individu di negara ini tidak serius. Bagaimanapun, ia mungkin disensasikan seolah-olah negara ini tidak selamat sehingga mencetuskan suasana panik dalam masyarakat,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.
Ismail menambah, beliau percaya kepada kemampuan pasukan polis dalam menghadapi sebarang kejadian jenayah termasuk kes culik selain akan meningkatkan pemantauan dan rondaan bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.
@#$&****$###@@@
kesimpulannya, budak nie memang budak yang bermasalah
for me
dia bukan dari keluarga yg bermasalah
tapi dia jebakkan diri dengan masalah sosial
sebenarnya dia tak nak dia dikongkong
ehh budak!! ko paham tak yg Ibu n Ayah ko tu sayangkan koooooooo!!!
kalau tak sayang, dah lama dia campak ko lam tong sampah
tak pun senang cakap, dia dah bagi ko jadi makanan jerung
**errkk!! ter emosi pulak....
adakah bebudak zaman skang tak boleh di tegur
perlukah ada boy friend lam usia semuda dia nieh
zaman me dolu siap kena sesah ngan tali pinggang n ranting pokok
*kalau skang dah kata kes dera
zaman me dolu, mana pandai nak ber boy fren
*kalau ada pun, boy fren intai2 lalu kat tepi kelas je
zaman me dolu, dah menggigil kalau dah kena jegil
(jegil je yerrr!! itu belum kena sesah lagi)
*budak skang, bila ditegur, menjawab sambil tengking2 balik
dan paling sadis, bila terjadi seperti kes Fatihah nie
satu Malaysia tertipu ngan sandiwara dia
yang kesian, mak ayah dan family dia
sampai bingung fikiran mak dia memikirkan apa alasan yg budak tu diberikan kepada polis
org ramai pula akan mencemuh..
"Mak bapak tak pandai jaga anak, tu sebab jadi lagu tu"...
errrmmm... tepuk dada tanya selera
yg pasti, bukan salah mak ayah atau family dia
jelas tnyata dia mtk pnampar dr rakyat malaysia..
ReplyDeletenie kalau akak la jadik mak pak dier, akak koyak2kan surat beranat dier + patah2kan ic dier.. pastu bungkus kain baju dier.... nah!! berambusss... ha3.. kejam x?
Delete