Wednesday, June 27, 2012

Dia Tenang & Redha.. Aku Kagum Dengan Ketabahannya..

Pukul 6.25 petang tadi, me sempat call Farizal (suami Ina Salleh)
Ini kali ke 2 me dapat bercakap dengan suaminya
Panggilan dari me, disambut dengan ramah
Apa yang diberitahu oleh Farizal, keadaan Ina Salleh sangat kritikal
Yang mana, almost brain cell Ina dah mati
Tumor cell tu terlalu aktif
Ini bermakna, kata doctor, harapan Ina Salleh sangat tipis
Ya Allah!! Kala itu, me dah sebak..
Air mata dah tak boleh tertahan lagi..

Apa yang me sangat kagum,
Farizal sangat tenang menceritakan satu persatu keadaan Ina
walaupun ada getar dihujung suaranya
conversation petang tadi, memang sangat beremosi
disini, me diberitahu oleh Farizal
yang mana sebelum masuk OT
Ina Salleh sudah memaafkan
semua sahabat serta sesiapa sahaja yg mengenalinya
Farizal juga cerita bahawa sebelum Ina Salleh masuk OT
Ina Salleh juga cakap dia redha serta Farizal meredhai apa yg berlaku
samaada Ina akan sembuh serta pulih seperti sediakala
atau sebaliknya
Masya Allah... Tabahnya dia...

Saya diminta memberitahu semua yang mengenali Ina Salleh
 supaya banyak2 berdoa buat Ina Salleh
serta Farizal juga meminta agar semua sahabat
serta yg mengenali Ina Salleh agar memaafkannya
jika selama menjadi sahabat serta mengenalinya
 beliau ada melakukan kesalahan serta pernah menyakiti hati sesiapa sahaja
Ya Allah Ya Tuhanku.. Besarnya dugaan Mu Ya Allah

Tetapi me percaya, sudah tentu ada hikmah disebalik apa yg berlaku
serta Ina Salleh terpilih untuk di uji olleh Nya
 Betapa sedihnya hati ini bila mengenangkan anak2nya yg masih kecil
yang masih perlu diberikan perhatian
semoga Ina Salleh terus berjuang serta kuat melawan sakitnya
harapan kami semua agar Ina salleh sembuh seperti sedia kala
tetapi seandainya disebaliknya
kita semua kena redha
dengan ketentuannya
itu sudah qada & qadar
walau apa pun, me percaya selagi hayat dikandung badan
Insyaallah, Ina Salleh tetap punyai harapan
Insyaallah....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment