sebenonya, aku kesian ngan anak aku
ngan bebudak zaman skang
mana idaknya
zaman aku dolu [28 tahun lalu]
time kinder cam Danial nie
aku tau, pi kinder
makan, nyanyi, kira 1,2,3, tulis ABC, kaler kaler
x de maknenya ada homework bagai
yang aku belajo pun sumanya basic aje
tapi budak budak skang
dah lew start sekolah awai
pastu belajor lak, hak yg 6 tahun seghupa syllabus aku darjah 2
advance & challengging sungguh
nie picas semalam
Danial uat homework since 6.45pm sampai pukul 9.30 baru selesai
sib bek, semalam mmg x de class mengaji
apsal banyak sangat?!!!
actually mmg tetiap hari akan ada homework
tambah pulak hari Rabu Danial x pi kinder
x sehat
tu yang berdouble double homework tu
baru aku tau napa Danial merengek nak pi kinder
walau pown x sehat
sebabnya, dia akan tahu yg homework akan jadik banyak
waaalllaaaawwweiiii!!!
kesian aku nengok anak aku nie
nie schedule harian LIL P
pi umah paklong (dok ngan MIL) - 5.55 pg / 6.00 pg dah ada sana
pi kinder 8.00pg - 12.00 tgh (tetiap hari)
revision - 6.30ptg 7.30mlm
(selalunya revision homework yg dah buat kat umah MIL)
class mengaji 8.00 mlm - 9.00 mlm (setiap senin, selasa, rabu)
tuition 8.30 - 11.30 (setiap ari sabtu)
tido time (10.00mlm @ 10.30mlm tetiap malam Senin - Jumaat)
tapikan, Danial mmg selesa ngan schedule nie
maybe dah terbiasa
lagipown sunyi kalu dok kat umah
kalu pi tuition / class mengaji dia dpt ramai kawan
tu yg syok tu
tapi, jangan ingat dia x ada masa rest lak
banyak rest nya
pastu berbaloi baloi jugak habuan yang dia dapat dari lebly ayah
time main psp / tengok tv, mmg ada... tapi dihadkan & bersyarat
syaratnya, selepas selesai semua homework
hadnya, sebelum tutup lampu tido, kena stop!!!
ha ha ha ha ha
Mr Hubby cakap, x apa, demi untuk masa depan dia jugak
memang struggle ngan umo baru nak masuk 6 tahun
tapi nie suma mematangkan diri nya
aku pulak, walau pown bekerja
sedaya upaya menjadi Ibu yang terbaik buat anak aku
sebolehnya, setiap hari akan aku pantau pembelajaran dia
setiap hari jugak akan uat revision
apa yg dia belajar kat kinder
apa yg dia belajar ngan ustaz
apa yg dia belajar masa tuition
kalau boleh aku nak buat yg terbaik untuk anak aku
dan juga aku x lah mengharapkan
apa yang di luar jangkauan Danial untuk aku / Mr Hubby
cukuplah sekadar Danial terdidik, berilmu
juga menjadi anak yang berguna
serta tahu menggunakan akal fikiran yang dikurniakan
oleh Allah swt
amin
No comments:
Post a Comment