Tuesday, November 23, 2010

STRAWBERRY MARSHMALLOW CHEESE CAKE

akhirnya!!
setelah berkali2 nak coba buat SMCC nie
terhasil gak ngan recipe
yang di godak godek dari laman sesawang
he... he... he....
mari kita coba.....
Bahan-bahan
Base (lapisan bawah)
100g biskut marrie
50g butter - cairkan

Cheese cake
200g creamcheese (lembutkan)
75g gula halus
1 cup sour cream
10g tepung jagung
1 biji telur
80ml whipping cream
1/2 sudu besar jus lemon
Loyang yg dibalut dengan aluminium foil

Filling
Marshmallow (agak2) – kalu leh yg plain / pink colour aje
Strawberry filling

Topping
250g cream cheese (lembutkan)
90gm gula kastor
150gm dairy whipped cream
2tbsp gelatin (campur dgn 6tbsp air panas n larutkan)
Strawberry syrup (brand Hershey) – agak2/suka hati yerk!!!
Pipping jelly / apricot jelly

Untuk Base (Lapisan Biskut)

*Hancurkan biskut dan gaul dengan butter cair sehingga jadi macam serbuk roti. *Tekan-tekan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak dan simpan dalam peti selama 15-12 minit (bukan sejuk beku ye).


Untuk Kek
* Panaskan oven 150 C.
*Putar creamcheese hingga sebati. Kemudian masukkan gula dan putar lagi. *Masukkan sour cream, putar lagi. Masukkan tepung jagung dan whipping cream dan pukul sebati. Akhir sekali masukkan jus lemon, dan telur. Putar lagi sekadar untuk sebatikan semua adunan.
*Tuang dalam loyang yang telah sedia dengan lapisan biskut tadi, ambil 1 sudu besar adunan.
*Bakar dengan suhu 150C selama 1 jam 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing dengan cara steam bath (1 loyang berisi air panas kemudian baru letakkan loyang kek yang telah dibalut dengan aluminium foil).
*Bila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam oven selama 1 jam (masa ni kek masih lagi sedikit lembut dibahagian tengah, kek akan keras sendiri bila disimpan dalam peti, kemudian balut loyang kek dengan plastik wrap dan simpan dalam peti semalaman.

*Keluarkan kek tersebut. Susun sekeliling kek dengan marshmallow – nak cantik buat dua barisan
*Letakkan Strawberry filling

Untuk Topping:
*Putar cream cheese hingga lembut.
*Masukkan gula hingga kembang
*Masukkan whipping cream n gelatin putar hingga kental n kembang
*Tuangkan ke atas kek yang sudah diletakkan marshmallow & filling, ratakan
*Tuangkan sedkit strawberry syrup diatasnya
*Sapukan pipping jelly / apricot jelly
*Balut Loyang dengan wrapping plastic n smpan semalaman sekurang2nya 12 jam dalam peti ais. (bukan tempat beku tau!!)

6 comments:

  1. can i know what the whipping cream that u used for the cake is dairy or non-dairy?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih byk2 sbb sudi kongsi resepi. Saya dah cuba buat malam tadi sbb anak2 teringin nak makan. Sedappp!! Anak2 pun suka. Yg sulong siap tapau bwk balik asrama. Terima kasih sekali lagi!! =)

    ReplyDelete
  3. Norhaliza Mohd NorJanuary 26, 2013 at 3:52 PM

    Terima kasih byk2 sbb sudi kongsi resepi. Saya dah cuba buat malam tadi sbb anak2 teringin nak makan. Mmg sedap!! Anak2 pun suka. Yg sulung siap tapau bawak balik asrama. Hehe.. terima kasih sekali lagi!! Harap puan tak marah kalau saya kongsi resepi ni dengan orang lain pula...

    ReplyDelete
  4. Sama2... tq pn sebab ada juga yg sudi guna resepi yg saya godek2 nie.. boleh je share resepi tu.. saya x kisah...

    ReplyDelete
  5. Nak tanya: apa beza whipping cream & dairy whipped cream?
    Maaf saya tak biasa bake :)

    ReplyDelete