Friday, October 16, 2009

KEKURANGAN G6PD









Apa tuh?..
G6PD dalam bahasa saintific nyer ialah Glukosa-6-Posfat-Dehidrogenase. G6PD ialah penyakit warisan maka ianya kekal seumur hidup penghidap yang akan menyebabkan anemia hemolitik (anemia yang disebabkan oleh peningkatan sel darah merah yang pecah).Ia akan menyerang sekiranya penghidap terdedah kepada makanan atau ubatan tertentu. Walaubagaimanapun, sekiranya penghidap mengambil langkah berjaga2, mereka berpeluang hidup dengan normal.

Bagi bayi yang baru lahir, kekurangan G6PD boleh berlakunya jaundis yang patologik. Iaitu jaundis yang terlalu tinggi tahap bilirubin hinggakan pertukaran darah di perlukan.

Penghidap perlu mengelakkan perkara2 seperti berikut:
1) Ubatan herba Melayu / China, ubatan spt sesetengah Antipyretics & Antibiotik,Antimalaria (Primaquine,Naftalin) adan Antispamodic (Phenazopyridine).Semua ubatan perlu mendapatkan nasihat doktor berdaftar dan perlu memaklumkan jururawat/kakitangan perubatan dan doktor sebelum mengambil sebarang ubatan.
2)Minyak angin
3)Kacang parang (fava beans) dan produk2 yang berasakan dengannya.
4)Pendedahan terhadap ubat gegat (naphthalene) serta produk2 yg mengandungi Naphtalene, ubat nyamuk, semburan ubat nyamuk, nila baju.

Sekiranya penghidap G6PD termakan ubatan atau bahan2 pengoksida, hemolisis akan berlaku diantara 24-96 jam.Bergantung pada kuantiti yg diambil.Gejala2 hemolisis bg pesakit ini ialah kepucatan melampau dan jaundis serta hemoglobinuria (hemoglobin dlm air kencing) akan menjadikan air kencing berwarna pekat dan gelap.Pesakit perlu mendapat rawatan pada kadar yg segera di hospital.
Kematian boleh berlaku tertakluk kepada teruknya hemolisis yang berlaku.

Jadi, elakkan dari perkara2, bhn pengoksidaan serta ubat2an yg digambarkan...

Anak me (Danial), disahkan menghidap G6PD since dar first day lahir. Memula tuh, panik gaks. Ye lah, masa me pregnant till deliver, memang x de masalah.Aktif plaks tuh. Pas tu G6PD tuh memang me & Hubby x pernah dengar.
Setelah nurse & doc explain, me lega la skits.Tapi risau tetap ada.Doc detect ambil steam blood Danial, so bila positif G6PD, me & Danial kena kuarantin 5 days kat HUKM.
Actually, untuk pemantauan Doc.Doc takut baby dapat jaundis cause of G6PD (Jaundis Neonat), bukan jaundis biasa tau!..
Alhamdulillah, dlm 5 hari kat ward, Danial x kena jaundis.Cuma me kesian coz setiap hari Doc cucuk, amik darah untuk hantar lab. Nak buat camne, dah prosedure hospital cam tuh.Masa tu, puas la belek buku cari apa punca serta cara utk merawat. Risau, memang risau.... Kesimpulannyer adalah seperti yg me terangkan di atas.
Puas gak la me & Hubby menerangkan pada MIL/late FIL serta family me.Alhamdulillah, at last mereka faham setelah mereka selidik2/tanya sahabat handai/sedara mara, rerupanyer memang ada yg noted mengenai G6PD nie. Cuma kita jer yang kurang tahu skits....
Alahai!! next month, Danial dah nak masuk 4 tahun.Syukur, alhamdulillah!!! Setelah mengikut peraturan yg Doctor beri, Danial membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah.makan & susu, mak oi!!! Sampai sekarang, semangat tanpa ada pantang larang selain dari pantang larang yg Doc bagi.Sakit demam, tumbuh gigi, selsema tu biasalah...

Apa yg menariknya, walau pun tanpa menggunakan minyak angin, Danial x pernah sekali pun terkena colic (perut kembung).Caranyer, since dari dalam pantang,me akan tuam perut, kaki serta badannyer 3 kali sehari serta beri Danial minum syrup GrapeWater.Susu pun, memang x pernah bagi susu yang dah sejuk la kan..
Alhamdulillah, me dapat babyseater yg perihatin dan baik hati.So, dia pun follow apa yg me buat.
Bab tuam menuam tuh, me memang buat untill Danial 1 year.





Em.... Dah besar dah anak ibu nieh.Alhamdulillah lagi sekali......... Danial budak yang lincah,aktif & juga talkative.Kalu x der kat umah nie, sunyi.Nie lah kawan penghibur, pengubat duka dan lara.
ha...ha..ha...

Jadi, pada sesiapa yg first time dengar / anak yang menghidap G6PD, jangan risau,ok!Cuma perlu mengelakkan perkara2 yang saya nyatakan di atas selain dapatkan info dari Doctor yg merawat anak anda.


No comments:

Post a Comment