Wednesday, February 6, 2013

KUMON, Tuition Centre, Personal Class atau Belajar Di Rumah

okey...
memula tu sangat-sangat dalam delima
tak tahu nak pilih yang mana satu pada mulanya
pening jugak
maklum aje, setiap parents nak yang terbaik buat anak2nya
 
macam Lil P
ada masalah dalam 'acara' menyalin di papan hitam
kadang2 dia dapat salin habis
kadang2 cuma separuh aje
mula2, memang buat me stress
sebabnya takut dia ketinggalan
puas jugak lah cakap dan nasihat kat dia
serta ajar cara yg betul untuk menyalin
tapi, yelah... budak kan...
apa yg me perati... kena banyak uat reverse psikologi sebenarnya
Alhamdulillah, bila guna cara tu ada keberkesanannya
 
satu part dah abis
part lain pulak...
me memang nak hantar Lil P pi tuition
since dia sendiri yg request
memandangkan, me sendiri kekurangan skill utk mengajar
asal mengajar anak aje, mula nak jadik tarzan ngan singa
huwaaaaa....
sian anak ibu... maafkan ibu ye!!
dah ketentuan Allah swt
tu sebab ibu x layak jadik cikgu walaupun pernah seat exam kat UPSI
padahal, diri sendiri yg otak bekusssss lolsssssss
 
ringkas citer, gini lerrrr
dok la google, searching gedebak gedebu gedebak gedebuk bagai
so kesimpulannya begini lah apa yg me nampak
 
1) KUMON
Diasaskan oleh Toru Kumon utk membantu pelajaran Matematik anaknya, Takeshi. Dia merancang sistem agar anaknya dapat belajar secara efektif, sitematis serta memiliki dasar-dasar matematik yang kuat
 
Kumon bukanlah Kelas Tuisyen yang mana ada cikgu yang akan mengajar seperti kelas tuisyen biasa. Kumon adalah Sistem belajar yang memberikan program belajar secara
perseorangan, sesuai dengan kemampuan masing-masing
yang memungkinkan pelajar mengenali potensi dirinya dan mengembangkan kemampuan secara maksimum. pelajar akan diuji tahap kemampuan barulah diserapkan pelajar ke tahap2 yg mengikut kemampuannya. Pelajar akan membuat latihan / kerja rumah yang dibekalkan secara latih tubi. Setiap minggu akan dibekalkan 2 set homework. Ada 2 kelas sahaja iaitu Matematik dan juga English. Setiap subjek, yurannya adalah RM 120.
 
Kebaikannya, anak2 akan berlatih berdisiplin kerana nak tak nak, mesti kena siapkan homework yang diberi serta secara tak langsung, anak2 akan lebih mengingati serta akan lebih pandai menguruskan masa.
 
Kelemahannya, tiada guru yang monitor kerana memang cara pembelajaran Kumon adalah dengan latihan tubi yang diberi.  latihan tubi mungkin effisyen untuk subjek matematik tapi tidak bagi subjek english yang memerlukan pemahaman.
 
2) Kelas Tuisyen - Tuition Centre
 
Kelas yang ada cikgu mengajar tapi jumlah murid yang agak minimal. Berkemungkinan tidak melebihi 15 orang murid. Latihan2 yang diberikan adalah soalan2 ramalan yang akan keluar diwaktu peperiksaan. Kelas akan dimonitor oleh cikgu2. Tapi, kena ambil sekurang2nya 4 subjek. Kat sini jadiknya masa anak2 agak padat sebab kelas dijalankan pada hari persekolahan (waktu malam). Kesian kat anak2 sebab dah la pagi bangun awal. Sekolah pagi  (sekolah agama) dan petang (sekolah kebangsaan). Selalunya, limit time, pukul 9.30, battery Lil P akan weak... Yuran pulak agak murah iaitu RM 200 utk 4 subjek pilihan.
 
3) Kelas Persendirian
 
Mengikuti kelas persendirian iaitu dengan cara attach one by one. Cara ini memang sangat effisyen untuk anak2 yang lemah dalam pembelajarannya serta anak2 yang perlu diberi perlu diberi perhatian oleh guru yang mana kadangkala anak2 agak tercicir dengan apa yang dipelajarinya di sekolah. Maklum aje, kat sekolah, satu kelas, cikgu kena handle lebih dari 30 orang pelajar.  Yuran yang dikenakan adalah RM 40 sejam. Yang nie kita mungkin akan lebih berpuashati dengan pencapaian yang anak kita capai. Rasanya semua subjek sangat sesuai tapi kena pertimbangkan yuran yang perlu di bayar juga.
 
4) Belajar Sendiri Di Rumah
 
haaa...... yang nie lah yang paling lemah...
sebabnya kan.... me memang x de skill nak mengajar
bukan x boleh ajar sebab tak tahu
tapi x de skill nak ngajar
me bukanlah cikgu yang baik - maksudnya sangat garang
cepat naik angin, susah nak kontrol bila anak buat homework lambat atau silap
waaaaaaaaaa....
memang kekadang tu x de niat nak marah... * ye ke?!
uisk... me rasa, lelama, mau darah tinggi
mana taknya, anak pulak bila ngan kita dia berani dan manja
nape/!!
kekejap, nak minum... kekejap pi toilet... kekejap garu sana garu sini
kekejap dia termenung... kekejapa dia main ngan pemadam
warrgghh!!!
mesti nak dengar suara tarzan baru dier kelam kabut buat
huhuhuhuuuuuuu
yang nie memang tidak lah....
so kena pilih option 1 , 2 atau 3 ajerk......
memanglah yang nie yurannya free.. tapiiiii... hu3
tak terkata dah nak kata.. yang nyata, memang x boleh.... Lolssssss
 
Keputusannya...
setelah di tilik tilik serta dipertimbangkan...
usul yang diberi pada Mr Hubby ialah
Matematik - di KUMON Class, English pulak - Personal Class
ambil Teacher Mala yang mengajar Danial masa kinder dulu...
BM dan subjek2 lain, dengan me...
so, Mr Hubby terus setuju
Alhamdulillah... so, lepas CNY Holiday nie, bermulalah class tuition Lil P
 
**ada jugak yang berkata2, kenapa perlu berhabis duit antar anak pi tuition sedangkan anak masih kecil (masih darjah 2) belum pun nak ambil UPSR
tapi bagi me, semua orang punyai cara yang berbeza
apa yang me terapkan kat Lil P, setiap hari dia kena dan akan berhadapan dengan pelbagai lagi perkara baru dan mencabar.. so kenalah terus usaha dan berusaha...
bukan nya kena buat, tunggu dan lihat
errmm.. tepuk dada, tanyalah selera ye!!!

11 comments:

  1. So, which one do you choose?
    I would say Kumon... Been with Kumon for many years and the result is superb!
    Please share your view...

    tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi...
      KUMON & Private Tuition (1 to 1) ....

      Delete
  2. Hi, sy nak bertanya, anak join kumon di mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh emelkan krol4455@gmail.com

      Delete
  3. saya ada jgk buat review pasal kumon..jemput ke blog saya
    http://detiekadaniel.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Thanks sharing, Kumon’s learning method takes students through a structured programme involving specially developed worksheets. Kumon constantly evaluates and revises the worksheets of all its programmes to ensure there is nothing hindering smooth progress. More info at:
    http://kidbuxblog.com/kumon-help-unearth-kids-potential/

    ReplyDelete
  5. tq for sharing...sejak anak umur 3 tahun lagi dah plan nak hantar ke Kumon bila dah start masuk sekolah

    ReplyDelete
  6. tq for sharing...sejak anak umur 3 tahun lagi dah plan nak hantar ke Kumon bila dah start masuk sekolah

    ReplyDelete