Wednesday, February 13, 2013

Homemade ChocoStrawberry Ice Cream Cake

wahhhh!!
tajuk x hengat okeh...
siap bahasa omputih
kalau bahasa mak jemahnya adalah
Eskrem kek cokelat strowberi buatan rumah..
LOLS!
 
okey..
nie project last minit
order dari my biras
a.k.a bil nyer wife
hihihihi
mintak buatkan eskrem kek untuk lakinya
sempena besday yg jatuh on 14th Feb nanti
errrk... bukan celebrate valentine day hokeyyy
noo....nooo... nooooo...
besday jerkk...
 
ehem2..
cer cekidaut gambo eskrem kek nie
meleleh tak?!
menikam kalbu tak?!
mengancam tak?!
errrrrkk..  errrkk...
nak recipe tak?!
hokeyyy hokeyyy... jamu mata dolu...
recipe ada kat bawah pic tu ye...
sumber recipe dari Makcik Manggis blogspot
**sila rajin kan diri utk membuatnya (sangat renyahhhh..)
tengoklah tu, snap pic kek pun lam esbok.. heheheeee
*
*
*
*
 
Bahan-bahan eskremnya:

250 ml susu cair.
1 1/2 tbsp tepung kastad.
2 tbsp gula pasir.
2tbsp strawberry emolco
1/4 tsp garam.
1 biji kuning telur.
200 gm choco powder
200 ml non diary whip cream
sebiji kek ( size8')yang dipotong menjadi 4 lapisan
(me guna choc moist cake)
**kek tu kita guna 2 lapis aje yg lagi 2 lapisan tu pepandai lah nak buat apa
leh gak jadikkan crumb & tabur keliling or atas kek
tapi dapat me yg terlebih rajin nie, ya ampunnn
ngap lam mulut aje lah
 

Bahan-bahan untuk decoration:

mini cornetto 2 atau 3
starwberry - beberapa biji
choco powder
colourfull sugar rice

**untuk deco nie terpulang ikut kreativiti memasing, x semestinya ikut hak nie


Cara-caranya:

  • Satukan semua bahan-bahan,kecuali whip cream sehingga sebati.Masak sehingga kental dengan api kecil.Sejukkan.
  • Pukul whip cream sehingga bertanduk.Campurkan dengan kastad tadi sehingga sebati.Masukkan kedalam tupperware dan bekukan selama sehari.
  • Masukkan ice cream kedalam food processor dan blend hingga gebu bahagikan kepada 2 bahagian. 
  • letakkan lapisan kek dibahagian bawah sekali (pastikan dah lapik ngan pvc cake board) di dalam bekas loose spring foam (yg hak nie leh adjust2 ikut besar kek), pastu tuangkan 1 bahagian eskrem tu diatasnya dan ulang langkah memula. maknanya lapisan tu akan jadik begini, kek, eskrem, kek, eskrem.
  • Masukkan kembali kedalam freezer dan bekukan lagi selama sehari. Pastikan eskrem tu betul2 beku baru buka spring foam tu. Siap untuk di touch up ikut citarasa memasing..


macam yang me deco tu sangat simple
guna colourfull sugar rice kat tetepinya
pastu pacakkan dua pcs of mini cornetto
kelilingnya letak ler strawberry segar dari ladang.. ehh  beli dari jusco
pastu taburkan sesikit choco powder kat ataseskrem tu
 taaraaaaaaaa!!
x yah nak ber baskin robbins sangat hokehhh!!!!
mak pun boleh buat... asal nak ngan tak ajer lah...
 
**ada yg tanya, tak rasa rugi ke share recipe nie since me buat untuk jualan?
jawapannya = tak rugi pun share recipe nie coz yang baik datang dari Nya,
yang buruk dari diri sendiri
kalau Allah swt tak gerakkan hati untuk buatnya
xkan jadik pun
lagi pun ini ilmu dari Allah..
Insyaallah, kalau kita share yang baik2,
berganda2 Allah bagi kebaikan untuk kita
wallahuallam..

No comments:

Post a Comment