Tuesday, June 30, 2009

BULAN JUNE


Ok... kiter smbg lg...
Bulan June (6)
Hari nie dah kira penghujung bulan June... Bulan June nie mmg bulan yg penuh bermakna dalam hidup aku..
Ye lah, aku lahir pada 6hb..Em..
Bulan nie gaks, adalah hari istimewa buat Ayah2 di seluruh dunia
'Selamat Hari Bapa' teristimewa buat bapak(panggilan utk ayahku) MANSOR BIN HJ KHAMIS, arwah bapa mertuaku(Allahyarham ZAINUDDIN B ABD HADI), my hubby (Mr Shah) dan juga bapa2 di dunia nieh....
dan juga bulan June juga, aku telah kehilangan ayah mertua yang aku hormati...
Aku tahu, Mr S dan Danial (anak) amat terasa kehilangan ayah mertua ku memandang kami amat rapat diantara satu sama lain sementelah arwah diketegorikan dlm golongan OKU setelah genap 4 tahun beliau kehilangan kaki kanan akibat penyakit diabetes yang dihidapinya.
3 minggu sebelum kami kehilangan beliau, kesihatan arwah memang merosot dan agak membimbangkan kami sekeluarga.Tetapi Allah s.w.t lebih menyayangi beliau dan menghembus nafas terakhir di rumah aku (Cheras Perdana) di atas pangkuan hubby semasa sama-sama sedang minum dan tengok tv pada 11 Jun 2009 mlm jumaat lebih kurang pukul 10.30 malam.

Danial juga terasa walaupun memahami yg atuk kesayangan telah pergi menghadap illahi..
Ada kala dier tertanya2 juga.. 4 hari lepas, semasa aku bersiap2 nak ke tempat kerja tetiba my hero tanyer...
'Bu, naper atuk dah meninggal?...
aku jawab, 'Sebab atuk kan sakit... Along tengok kan mcm mana atuk sakit?..'
'Emm.. Atuk dah duduk dlm kubur la yer bu?'
'Yup..'
'Atuk buat apa dalam kubur tu bu? Atuk tido jer ker?'
Aku terkial2 mecari jawapan yg sesuai utk anak aku yg br berusia 3 1/2 th nie.Tapi dier mmg agak memahami...
'Ermm... Atuk tido dan akan masuk syurga'
'Syurga tu apa bu?...
'Syurga tu, tempat orang yang baik2... Macam atuk..'
'O... Kalau naughty naughty, masuk api neraka(ini yg selalu aku ckp pada dier), kalau baik masuk syurga yer bu?'
'Ye...' (Aku jawab acuh x acuh sambil sibuk cari pin nak pakai tudung)
'Ok...Arwah atuk mesti masuk syurga sebab dia kan baik hati... Suka belanja Along mkn aiskrim dan pegi JJ'...
Aduh... terharu nyer aku dengar perkataan yang keluar dari mulut anak aku yg sorang nie... Ye lah.. Dengan penggunaan perkataan 'ARWAH' dan juga dapat mengingati semua yang berlaku..
dlm hati aku berkata2, mungkin dia rindukan arwah bapa mertua ku sebab Danial cucu yg paling kecil dan juga satu2nya cucu lelaki yg ada semasa hayatnya... memang agak rapat juga dan arwah selalu mengusik Danial memandang anak aku yg sorang nie talkative orangnyer...

Semoga rohnya di tempatkan dikalangan golongan orang2 yg beriman...
ALFATIHAH...

No comments:

Post a Comment