Friday, July 6, 2012

Surah Al Kautsar



Kelebihan Surah Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi
3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga.
Kolamsungai ini diperbuat daripada
 batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu,
warnanya pula lebih putih
daripada susu dan lebih wangi
daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai
surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
 kerana diturunkan ketika baginda bersedih
 ataskematian 2 orang yang dikasihi
iaitu anak lelakinya Ibrahim
dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak,
sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir,
baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t.
bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara
membacanya sebanyak 71x,
Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya
kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Insyaallah

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.
**info dari sini

No comments:

Post a Comment