Monday, May 28, 2012

TIRU MACAM SAYA / MEMIKAT HATI

Pandanglah...lihatlah..
pinggangku yang ramping dan dadaku yang bidang..
marilah tuan tuan dan nyonya
sama samalah pandang
perempuan yang cantik
bikin hati goyang

Pandanglah..lihatlah..
rambutku yang ikal dan mataku yang hitam
inilah selalu menjadikan
orang hilanglah akal
rumah tangga tak kekal
gilakan bayangan.

perempuan yang tak pandai menjaga badan
suaminya tentu lekas menjadi bosan
menggerbang rambut macam hantu dalam hutan
suami memandang hampir pengsan

Perempuan kalau sayangkan suaminya
pandang sini dan tirulah seperti saya
jaga bentuk, jaga kulit dan jaga rupa
senyum sayang kau berikan dia....

Pandanglah..lihatlah...

TIRU MACAM SAYA~

seyes tau! me minat sangat lagu nie
dendangan biduanita Allayarhamah Saloma
atau pun Salmah Binti Ismail

maza time kecik-kecik dolu
zaman tu mana ada siti nurhaliza, MeetUncle Hussein bagai
suka sangat nyanyi lagu nie
sambil sarung kasut tumit emak yg tapak tebal
(kaler putih - ingat lagik)
pastu bawa handbag mak - kaler maroon
pakai lak spek hitam besau
dok dalam bilik atas umah Atok
macam nak roboh umah Atok (umah papan, tau je lah bunyi camne)
ngadap cermin
pastu nyanyi lagu nie
sambil buat catwalk
 pakai singlet + suar pendek
memang xleh blahhhhh

lagi satu lagu yg paling me suka
lagu nyanyian R Azmi
lagu nie
*
*
*
Lagu MEMIKAT HATI
Pakai baju kancinglah suasa
Pakai mari Baba-lah Melaka
Biar saya rosaklah binasa
Kerana dia tidak mengapa
Dari mana mahulah ke mana
Sayang Che' Mamat menjual padi
Dari mana mahulah ke mana
Sayang Che' Mamat menjual padi

Cantiklah pun tidak sebagailah mana
Sudah tersemat di dalam hati

Pakai baju kancinglah suasa
Pakai mari Baba-lah Melaka
Biar saya rosaklah binasa
Kerana dia tidak mengapa

Pucuk pauh di atas batu
Anak sembilang di tapak tangan
Pucuk pauh di atas batu
Anak sembilang di tapak tangan

Sungguhlah pun jauh di negeri satu
Hilang di mata di hati jangan

Pakai baju kancinglah suasa
Pakai mari Baba-lah Melaka
Biar saya rosaklah binasa
Kerana dia tidak mengapa

Lagu/Nyanyian: R Azmi

hahahaha
old skul lah sangat!!!

** memang old skul, tapi kedua2 insan ini punyai cerita tersendiri
nanti bila ada masa, me akan "kupas"

No comments:

Post a Comment